aku: cara baru


ini mungkin hari pertama, aku sebagai aku. kerana apa? aku sendiri tak pasti.
akan tetapi, ianya mungkin effect sebuah blog yang baru aku tatapi. terlalu indah coretan dia sehingga dari pukul 2.25a.m tadi aku masih meneliti setiap bait kata dalam blognya. *sekarang dah 4.03a.m ok!* 
biarlah. aku sudah ketagih. 
setiap karya dia punya nilai seni estetik (betul ke istilah ku itu?) yang tersendiri. 
ada keikhlasan dalam penulisannya itu yang buat aku terbuai. 
dan aku risau sampai bila aku akan membaca coretan madah-madah berhelahnya itu? 
kerana aku seorang pelajar yang esoknya aku ada perbincangan & seharusnya sudah melelapkan mata dalam jangka waktu sekarang. 
ahhh! biarlah seketika aku mengerah otak untuk mencoret rasa dalam penulisan hari ini. 
tak perlu segala kata-kata yang perlu difilirkan 2-3 jam. 
segala yang tertulis mengalir lancar dari benak minda ini.
wahh..agaknya aku sudah boleh berkarya sama seperti dia.
sungguh! setiap postnya buat aku kagum & sedikit sebnayak aku mula menilai bagaimana orangnya. 
dan pada masa yang sama aku mula menilai & menghakimi diri sendiri terhadap apa yang dia utarakan dalam topik semasa. 
kalau aku terus menulis, aku takkan bangun seawal yang sepatutnya. 
kalau aku berhenti,susah untuk ku kembalikan mood menulis + idea bernas yang mencurah-curah ini. 
cukuplah.esok ada lagi kan? jadi esok boleh tulis lagi.
tapi kawanku pun masih berjaga,bukanlah sama-sama blogging, dia ada orang nak diajak bergayut selewat-lewat malam,seawal-awal subuh. 
dan aku,ada ini,laptop ini untuk menulis segala monolog dalaman. 
dia ketawa menghilai di sana dan aku di sini, memetik keypad laptop umpama ayam mematuk padi bunyinya. [teringat teguran seorang cikgu terhadap cara taipan aku yang perlahan & berbunyi-bunyi.]

okay. aku sudah selesai! malas lahh! 

p/s: totally insane. change into writing mode! =P

love yaa!

Comments

Popular posts from this blog

Sweet & Sour

If I could work from home, I would