Untuk Dia

^^

Kelu lidah berkata. 
kaku jari jemari.
mata terpana saja.
melekat pada seorang jejaka
dia idaman semua.
yang perempuan sahaja.


aku cuba mencuba.
mahu tahu bagaimana.
selama nie tak pernah sekali meluah rasa.
biar suka macamana.

pembetulan.
aku bukan meluah rasa cinta.
sekadar ingin berkawan.
mula-mula diterima.
sekadar dalam dunia alam maya.
sebagai kawan.
bertuahnya rasa.

Tapi itu sementara.
sebab aku ingin mencuba lagi.
aku ucap kata kata
sempena hari lahir dia.
esoknya aku cuba periksa, dia balas apa.


Hahahahaha.
aku mula rasa kecewa. 
dia suka ucapan dari semua.
kecuali aku punya diketepikan.
kenapa? 
aku pun tertanya-tanya.


Hari ini hari lahir dia.

dan aku
TAKKAN ucap benda sama yang akan buat aku kecewa.
mungkin terlalu hina bagi dia untuk suka ucapan aku itu.

dan aku
 ingin Berhenti Berharap.
Ingin biar wujud dia semakin hilang dalam minda, dalam hati, dalam sanubari.

jadi aku. nekad.
aku akan putuskan hubungan kawan yang hanya pada status alam maya semata-mata.
dia tidak berbaloi untuk aku suka, untuk aku puja.
dia hanya orang biasa yang aku pernah rasa sangat menarik orangnya.

mungkin ya. 
tapi dia tidak pernah beri peluang untuk aku mengenalinya.


sekadar mengukir bicara.
Aku dengan ini ingin melupakan kamu, wahai kamu.


P/s: aku bukan putus asa tanpa mencuba, aku sudah muak dengan rasa kecewa kerana dia.




Comments

Popular posts from this blog

Sweet & Sour

If I could work from home, I would